Pelajar memperoleh 8A dalam UPSR bercita-cita mahu menguasai 7 bahasa untuk menjadi jurubahasa

Keputusan Ujian Pencapai­an Sekolah Rendah (UPSR) telah keluar pada hari Khamis (29 November) dan ramai pelajar gementar sambil menunggu untuk mengambil slip keputusan mereka. Bagi Damia Alexandria binti Zakri, yang turut mengambil keputusan UPSR pada hari yang sama, terkejut apabila dia mendapati memperoleh 8A dalam Ujian Pencapai­an Sekolah Rendah (UPSR). Tahniah!

Kredit: Hazlina Hassan|Facebook

Mak Cik kepada Damia, Hazlina Hassan berkongsi hasil cemerlang gadis itu di laman Facebooknya dan mendakwa bahawa dia adalah satu-satunya pelajar Melayu di Terengganu yang mendapat 8A dalam UPSR 2018. Gadis yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin sangat gembira dan mak ciknya berkata dalam kongsiannya bahawa Damia bercita-cita mahu fasih dan menguasai tujuh bahasa.

Status itu turut mendapat komen daripada kenalan yang turut mengucapkan tahniah kepada Hanoryati Hassan yang merupakan ibu kepada Damia Alexandria. Membalas ucapan tahniah daripada Nia Athirah, Hazlina mengakui, Damia Alexandria mula fasih membaca sejak berusia tiga tahun. Hazlina juga mengatakan bahawa pada usia lima tahun Damia telah menguasai Bahasa Inggeris dan menguasai Bahasa Cina ketika berusia enam tahun.

Kredit: Hazlina Hassan|Facebook

Menurut Mynewshub, Damia berkata bahawa dia tidak menyangka memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Mandarin (Pemahaman) kerana keputusan percubaan sebelum ini tidak begitu memberangsangkan. Walau bagaimanapun, dia tidak berputus asa dan terus belajar keras selain menghadiri semua kelas tambahan di sekolahnya.

Kredit: Hazlina Hassan|Facebook

Ibunya, Hanoryati Hassan berkata bahawa dia berbangga dengan anak perempuannya dan gembira kerana dia dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya. Dia berkata suaminya telah menghantar Damia ke tadika Cina supaya dia dapat belajar bahasa Mandarin dan menambah bahawa Damia selalu ingin menjadi jurubahasa sejak dia kecil. Bahasa seterusnya yang dia mahu belajar ialah Korea.

Sumber: Hazlina Hassan|Facebook, World of Buzz

Facebook Comments