Tindakan lelaki gelandangan yang datang ke balai polis untuk menyerahkan wang bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan mendapat perhatian ramai

Sebuah balai polis di Daerah Zhejiang, China menjadi saksi kepada kemurnian dan kemuliaan hati seorang lelaki gelandangan. Lelaki berkenaan dilaporkan masuk ke dalam balai polis berkenaan dan terus menemui polis yang bertugas di kaunter dan mengeluarkan sejumlah wang tunai bernilai kira-kira 1,000 yuan (RM 600.65) dan memberikannya kepada polis yang berkenaan.

 

Kredit: lala siao/YouTube

“Ini adalah wang saya. Tolong bantu saya menyerahkan wang ini,” kata lelaki berkenaan yang dalam masa yang sama membuatkan semua orang di dalam balai itu terkejut dengan tindakannya.

 

Kredit: lala siao/YouTube

Dengan hanya memakai pakaian yang ringkas, lelaki gelandangan itu segera menyerahkan wang tunai yang dimiliki olehnya dengan niat untuk membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan yang dilaporkan di dalam surat khabar.

 

Kredit: lala siao/YouTube

Tersentuh dengan tindakan mulia lelaki itu, anggota polis yang berkenaan bertanya kepadanya, “Sekarang sedang musim salji, tidakkah kamu perlukan sedikit wang?”

“Saya boleh menjaga diri saya sendiri,” balasnya.

 

Kredit: lala siao/YouTube

Melihat situasi berkenaan, beberapa orang yang berada di dalam balai polis itu berasa sungguh terharu dan salah seorang wanita disitu datang kepada lelaki berkenaan dan memberikannya sepaket biskut sebagai tanda penghargaan.

 

Kredit: lala siao/YouTube

Namun, lelaki berkenaan menolak sumbangan kecil yang diberikan kepadanya itu, dan menegaskan bahawa dia mampu membayarnya. Walau bagaimanapun, wanita itu sekali lagi meminta lelaki itu menerima sumbangan kecilnya dan menyatakan bahawa itu adalah tanda kasih sayang yang ingin ditunjukkan kepada lelaki berkenaan.

 

Kredit: lala siao/YouTube

Bercerita tentang lelaki ‘misteri’ itu, salah seorang penjual mi tempatan mengatakan bahawa lelaki berkenaan tidak pernah memesan mi yang mahal dan melebihi harga NT$17 (RM 2.30). Demi mengisi perut, lelaki ini sanggup berjimat.

Selain itu, ada juga penduduk tempatan yang mengatakan bahawa lelaki itu pernah dilihat memakai sepasang kasut yang sudah rosak dan tidak pernah menukarnya selama satu tahun.

Tonton sendiri momen ketika lelaki budiman ini datang ke balai polis untuk menyerahkan wang tunainya…

Kredit: lala siao/YouTube

Sumber: cocomy.net

Facebook Comments