25 gambar lucu yang harus dilihat oleh semua orang sebelum mempunyai anak

Pengalaman menjadi ibu bapa adalah satu anugerah terindah yang sangat berharga bagi setiap orang, tiada apa yang boleh menggantikan anugerah yang satu ini. Tetapi, disamping kebahagiaan dalam menjalani kehidupan sebagai ibu bapa, pastinya terselit momen-momen lucu yang akan dikenang sehingga bila-bila.

Oleh itu, menerusi entri kali ini, kami akan berkongsi dengan anda 25 gambar lucu yang berkait rapat dengan kehidupan sebagai ibu bapa. Kami pasti ada antaranya yang boleh difahami oleh anda dan akan membuatkan anda tersenyum!

#1 “Saya pergi ke tandas dan terlupa untuk menutup pintu”

Kredit: atmospheric

#2 “Ibu, haiwan ini terlalu panas dan perlukan kipas.” Bayangkan anda bangun tidur dan melihat situasi ini…

Kredit: SeriesOfAdjectives

#3 “Saya terdengar budak lelaki ini menjerit mencari bapanya, saya pergi mencarinya dan…”

Kredit: GetALoadOfToad

#4 Ini yang terjadi apabila anda membawa anak kecil ke majlis perkahwinan…

Kredit: I_AM_HE_WHO_IS_I_AM

#5 Jangan biarkan anak anda menggunakan komputer riba anda

Kredit: craghawk

#6 “Ini adalah pengalaman berkhemah pertama buat anak perempuan saya. Beginilah cara dia mengejutkan saya dari tidur pada pukul 6:15 pagi”

Kredit: amonson1984

#7 Kadang-kala, anda hanya perlukan pagar untuk memastikan tempat kerja anda selamat…

Kredit: MightyMaddie

#8 Alat untuk mengira bilangan soalan “Kenapa?” daripada anak saya dalam satu hari.

#9 Apabila kanak-kanak mendapat peluang memegang gincu…

Kredit: baby.mix.baby

#10 “Ibu, mari bermain patung tentera. Ibu boleh menjadi lelaki ini kerana dia sedang menyedut habuk.”

Kredit: BSDZombie

#11 “Anak saudara saya menghadiri parti melukis di pusat jagaan mereka dan sekarang mereka kelihatan seperti watak kartun yang baru lepas terkena letupan”

Kredit: ShiningMark20

#12 “Saya memberikan makanan asli yang pertama untuk bayi saya.”

Kredit: mgsickler

#13 Ini yang terjadi apabila kanak-kanak berusia 3 tahun memakan buah strawberi.

Kredit: madeyouangry

#14 “Isteri saya terpaksa menggunting kain anak perempuan saya yang tersangkut pada skuternya”

Kredit: robinson217

#15 Budak lelaki yang berusia 4 tahun ini terjumpa pen dakwat kekal dan begitu berbangga dengan ‘watak’ barunya.

Kredit: rdixonp

#16 Gambar ini menggambarkan kehidupan sebagai ibu bapa dengan sangat sempurna.

Kredit: Captain_Davey

#17 “Reaksi Andrew apabila saya tidak membenarkannya menjilat keseluruhan troli pasar raya”

Kredit: believeland77

#18 “Satu-satunya masa ketika saya terlupa untuk memasang pagar bayi sebelum saya pergi membersihkan diri”

Kredit: Mumster

#19 Masuk ke dalam bilik air hanya untuk menjumpai anak kesayangan kami sedang ‘mencuci’ buku yang ditemuinya.

Kredit: The_Anti-Monitor

#20 Antara barang-barang yang ditemui di dalam mesin pemanas udara…

Kredit: AGuyYouNeverMet

#21 “Saya memberikan anak saya sekeping keju untuk dimakan sambil menonton video. Kemudian saya pergi melihat keadaannya”

Kredit: saddad9441

#22 “Bayi saya memesan piza yang bernilai 94 Dollar (RM 392.91) melalui aplikasi bernama Slice yang tidak meminta pengesahan bayaran ketika membuat pesanan.”

Kredit: Austin624

#23 Kanak-kanak ini bersedih kerana dia tidak boleh memiliki minyak jagung yang disangkanya sebagai jus epal…

Kredit: grill_panda

#24 Aktiviti membeli-belah sememangnya bukan mudah…

Kredit: SlimJones123

#25 Apabila anda menjumpai seluar anda di dalam mangkuk tandas selepas meminta anak kecil anda membantu anda mencuci pakaian.

Kredit: BasedSouthCarolina

Sumber: Bored Panda

Facebook Comments