Tular apabila warga asing ini berjaya mengopek durian dengan ‘cara yang betul’

Tahukah anda, terdapatnya segelintir warga asing yang pernah mengopek durian dengan cara yang paling… tidak pernah difikirkan oleh kita?

Misalnya begini…

Kredit: Alvinology

Dengan itu, kami ingin memperkenalkan anda kepada Simon dari Fruity Fruits 88, sebuah kedai buah-buahan di Australia Selatan. Simon adalah wajah yang sering muncul di laman rasmi Facebook kedai berkenaan, kerana dia sering dilihat memperkenalkan ketibaan buah-buahan yang baharu di kedai itu.

Baru-baru ini, sebuah video Simon yang memperkenalkan ketibaan buah terbaru iaitu “durian Australia” menjadi tular kerana alasan yang sangat menarik – kemahiran mengopek duriannya.

Kredit: Fruity Fruits 88/Facebook

“Untuk membukanya, anda hanya perlu mencari garis akhir di sini, dan kemudian anda boleh mengopeknya.

“Apabila anda menariknya, setiap ulas, anda akan menikmati beberapa isi yang segar dan indah… oh Tuhan, ini sangat cantik, sungguh cantik,” katanya.

Menerusi video itu, Simon juga ada menyatakan bahawa durian yang ditanam di Darwin itu sebenarnya adalah salah satu buah-buahan yang lazim di Malaysia.

Kredit: Fruity Fruits 88/Facebook

Di bahagian komen video berkenaan, ramai pengguna Facebook yang ada antaranya merupakan rakyat Malaysia yang teruja apabila melihat warga asing seperti Simon yang tahu cara sebenar mengopek durian.

Sesetengah pengguna juga sangat gembira apabila melihat Simon menikmati buah-buahan yang berbau seperti durian kerana kebanyakan warga asing tidak menyukai bau durian yang kuat itu.

Kredit: Fruity Fruits 88/Facebook

“Itu benar-benar lazat, manis, dan sedap. Sangat, sangat bagus,” kata Simon selepas mencuba seulas durian.

Pada masa entri ini ditulis, video ini telah ditonton lebih daripada 315,000 kali di Facebook. Berikut adalah video penuhnya:

Kredit: Fruity Fruits 88/Facebook

Sumber: SAYS

Facebook Comments