Surat terbuka seorang CEO kepada para pekerjanya menjadi tular, mencetus pelbagai reaksi

Charity Delmo merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah firma perunding di Filipina. Dalam satu post yang telah dikongsi bersama 43,000 netizen di Facebook, Charity menulis satu surat terbuka kepada semua pekerjanya, dengan mengingatkan apa yang paling penting dalam kehidupan.

Kredit : Charity Delmo / Twitter

Charity Delmo menulis di halaman Facebook, pada 15 November :

“Ke hadapan para pekerja,

Saya menggaji anda semua dengan harapan anda juga boleh menjadi pemberi sumber yang baik kepada keluarga anda, dan bukan mengambilnya daripada mereka, memberi anda kemahiran tambahan tetapi tidak merampas kemahiran keibubapaan daripada anak-anak anda, untuk menjadikan anda semua seorang manusia yang baik, bukan sahaja untuk syarikat tetapi lebih utama untuk keluarga anda.”

Kredit : Charity Delmo / Facebook

Dalam surat terbukanya itu, Charity dengan berani menggalakkan para pekerjanya untuk meletakkan keutamaan kepada keluarga mengatasi kepentingan kepada pelanggan, menurut keperluan atau kepentingan yang berbangkit.

Charity menulis, “Jadi, apabila anda diberi pilihan untuk memilih antara menghadiri majlis atau aktiviti di sekolah anak-anak anda, dengan menyelesaikan keperluan pelanggan, atau jika anda perlu memilih antara keperluan suami atau isteri anda dengan keperluan saya sebagai majikan, sila buat pilihan anda untuk mereka.”

Kredit : Glassdoor / Gambar Hiasan

Kebanyakan pekerja tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Charity. Tetapi beliau percaya dengan membenarkan para pekerjanya meletakkan kepentingan kepada keluarga mengatasi kepentingan syarikat adalah amat penting dalam memastikan para pekerjanya bekerja dengan gembira dan sihat.

Tambahnya lagi, “Anda tahu, tidak semua pekerja yang akan memahami prinsip saya dalam kepimpinan dan pengurusan syarikat, tetapi saya lebih rela menutup syarikat ini daripada melihat anda semua terlepas peluang berharga menghadiri aktiviti penting sekolah anak-anak anda, hanya kerana anda terpaksa menghadiri mesyuarat, atau melihat anda berasa patah hati kerana tidak dapat menyelesaikan masalah atau salah faham dengan pasangan anda.”

Kredit : Charity Delmo / Facebook

Charity menulis, “Keluarga adalah rumah pertama anda, kemudian syarikat menjadi rumah kedua anda. Mereka adalah keluarga anda, kemudian anda menjadi keluarga saya. Saya percaya seorang yang berasa gembira ketika berada di rumah, juga akan gembira ketika berada di tempat kerja.”

Charity menggalakkan para pekerjanya supaya ‘pulang ke rumah’ kerana kerja itu boleh menunggu.

Charity mengakhiri coretannya, “Jadi, pulang ke rumah. Berada di rumah. Kerja anda boleh menunggu. Saya juga boleh menunggu. Keluarga anda, rumah yang anda bina, apabila musnah, ia tidak akan sama seperti dahulu. Dan anda juga tidak akan sama seperti dahulu.”

Kredit : Charity Delmo / Facebook

Ada yang tidak bersetuju dengan pendapat Charity Delmo, dengan berkata walaupun saranannya itu amat mulia dan baik, tetapi tidak realistik.

Kredit : Charity Delmo / Facebook

Sementara yang lain memuji kenyataan berani CEO ini dengan berkata ia telah memberi inspirasi kepada mereka untuk mengikuti jejak dan cara kepimpinannya dalam pengurusan sebuah syarikat.

Kredit : Charity Delmo / Facebook

Kredit : Charity Delmo / Facebook

Sumber : Charity Delmo / Facebook , SAYS

 

Facebook Comments