Sebuah ATM di Texas tersilap mengeluarkan wang tunai $100, orang ramai berebut dan sanggup beratur panjang

TEXAS – Perkhidmatan sebuah mesin ATM Bank of America yang terletak di Harris County, Houston terpaksa dihentikan buat sementara waktu setelah ianya tersilap mengeluarkan beberapa helai wang tunai bernilai $100 yang bersamaan dengan RM415.55.

Kredit: Noticias Bancarias

Mesin ATM berkenaan dikatakan telah tersilap mengeluarkan sejumlah wang apabila pelanggan cuba untuk mengeluarkan wang kertas bernilai $10 pada pagi Isnin yang lalu.

Hal ini sekali gus menyebabkan orang ramai yang mendengar berita tersebut terus beratur di hadapan bank berkenaan untuk mendapatkan ‘rezeki’ yang sama.

 

Kredit: acb13 Eyewitness News

Tidak lama kemudian, pihak berkuasa segera tiba di lokasi kejadian untuk meleraikan orang ramai yang berkumpul serta menghentikan perkhidmatan mesin ATM tersebut.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bank of America, mana-mana pelanggan bertuah yang telah menerima wang lebihan akibat kesilapan teknikal mesin tersebut dibenarkan untuk mengambil dan menyimpan wang itu.

Kredit: 123RF

“Ini adalah satu insiden sebuah ATM di Houston di mana pembekal telah tersalah memasukkan wang tunai $100 di tempat $10. Kami telah menyelesaikan isu ini. Pelanggan yang bertuah boleh menyimpan duit lebihan yang dikeluarkan mesin ATM itu.”

Tonton video di sini.

Sumber: Aolabc13

Facebook Comments