Malaysia mara ke pentas akhir Piala AFF Suzuki setelah tundukkan Thailand 2-2

KUALA LUMPUR – Semalam bersamaan 5 Disember 2018 mencatatkan satu lagi sejarah bermakna apabila pasukan bola sepak Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala AAF Suzuki setelah menewaskan pasukan Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Meskipun terikat 2-2, kemenangan pasukan Malaysia ini adalah berpunca daripada kesilapan pemain Thailand dikenali sebagai Adisak Kraisorn yang gagal menjaringkan sepakan penalti di saat terakhir sebelum tiupan wisel penamat dibunyikan.

Kredit: AFP

Sebelum itu, Malaysia hampir gagal apabila bola terkena tangan Syahmi Safari yang cuba mengasak tandukan Adisak sekali gus menyebabkan pasukan Thailand dihadiahkan dengan sepakan penalti manakala Syahmi pula dilayangkan kad merah.

Bagaimanapun, ekoran daripada rasa gemuruh atau tekanan yang menyelubungi pemain penyerang Thailand itu, tendangan penalti Adisak telah tersasar jauh dari gawang gol yang dikawal oleh Farizal Marlias sekali gus menjadi penutup kepada perlawanan yang hebat itu.

Kredit: mStar

Keputusan seri 2-2 itu melayakkan Malaysia ke pusingan akhir menerusi peraturan ‘away goal’ atau gol di tempat lawan. Kegagalan berkenaan secara tidak langsung memburukkan rekod Adisak yang dikenali sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang kejohanan berkenaan dengan catatan lapan gol.

Dalam babak pertama perlawanan yang mendebarkan ini, skuad Thailand terlebih dahulu berada di hadapan apabila tandukan Thitipan Puangchan terkena pemain gantian Malaysia, Irfan Zakaria sekali gus menjaringkan gol sendiri pada minit ke-21. Namun sekitar tujuh minit kemudian, Malaysia kembali berada di hadapan hasil tendangan kencang oleh Syahmi menjadikan keputusan pada separuh akhir pertama, 1-1.

Kredit: AFP

Seterusnya pada minit ke-63, Thailand kembali berada di hadapan dengan jaringan gol yang dilakukan oleh Pansa Hemviboon. Selang lapan minit selepas itu, pemain veteran Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo berjaya meletakkan Harimau Malaya kembali di hadapan.

Kredit: Twitter/FAM_Malaysia

Selepas menumpaskan skuad Gajah Perang, pasukan bola sepak Malaysia akan berhadapan sama ada Vietnam mahupun Filipina dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa ini.

Sumber: Utusan OnlineAstro AWANI

Facebook Comments