Sekitar majlis raikan cinta Priyanka Chopra dan Nick Jonas. Sambutan 5 hari yang gilang-gemilang persis cerita Hindustan!

Pada 1 Disember lalu, pelakon terkenal Priyanka Chopra dan penyanyi Nick Jonas secara rasminya telah mengikat tali perkahwinan dalam satu majlis besar-besaran yang diadakan selama lima hari sekali gus menjadikan ia sebagai majlis perkahwinan terhebat sepanjang tahun!

Kredit: Instagram @priyankachopra

Pasangan merpati dua sejoli ini pertama kali bertentang mata pada Februari 2017 di Parti Oscar Vanity Fair. Kemudian, gosip mengenai hubungan percintaan mereka mula tersebar apabila kedua-duanya kelihatan hadir bersama di acara Met Gala setahun kemudian.

Khabar angin itu terus tersebar sehinggalah akhirnya, Nick dan Priyanka mengambil keputusan untuk mengesahkan perhubungan serius mereka menerusi laman sosial Instagram sekitar Mei tahun ini.

Kira-kira dua bulan selepas itu, Nick telah melamar teman wanitanya itu dan mereka akhirnya mengikat tali pertunangan pada Ogos yang lalu. Perhubungan mereka sentiasa menerima reaksi positif dari para peminat seluruh dunia yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Kredit: Booking.com

Dalam majlis perkahwinan yang gah ini, seramai 225 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat rapat telah dijemput untuk memeriahkan lagi perkahwinan tersebut yang diadakan di Istana Umaid Bhawan, Jodhpur, India.

Kredit: Instagram @nickjonas

Istana yang dikategorikan sebagai salah satu penempatan terbesar di dunia ini turut dilengkapi dengan hotel lima bintang yang mempunyai 347 bilik mewah!

Pada 30 November lalu, pasangan ini telah mengadakan sambutan mehendi yang merupakan upacara tradisional dalam budaya perkahwinan India. Dalam upacara ini, pengantin perempuan akan memakai inai pada kaki dan tangannya.

Kredit: Instagram @storiesbyjosephradhik

Priyanka ternyata kelihatan begitu anggun dengan busana organdy sherwani hasil rekaan Khosla Jani yang diperincikan lagi dengan 48 panel sutera halus dan dua lapisan kain organza.

Kredit: Splash News

Sementara itu, bakal pengantin lelaki pula mengenakan kurta kapas Bakhiya dengan corak sulaman halus juga hasil rekaan Khosla Jani…

Kredit: Splash News

Tidak terhenti setakat itu, pada petang berkenaan satu majlis Sangeet yang meriah telah diadakan di mana kedua-dua pengantin dan para tetamu akan menyanyi serta menari beramai-ramai. Sama seperti babak di dalam filem Hindustan kegemaran anda!

Kredit: Instagram @priyankachopra

Kredit: Instagram @josephradhik

Pasangan Nick dan Priyanka telah meraikan hubungan cinta mereka dengan sambutan majlis perkahwinan yang diadakan di dalam kedua-dua agama iaitu Kristian dan Hindu bagi menghormati perbezaan budaya pasangan ini.

Kredit: PEOPLE Magazine / Twitter @PC_WorldFC

Dalam majlis perkahwinan ala Barat yang diadakan pada 1 Disember itu, kedua-dua pasangan secara rasminya sah menjadi suami isteri setelah dinikahkan oleh paderi bertempat di halaman luas istana berkenaan.

Kredit: PEOPLE Magazine / Twitter @PriyankaCentral

Apa yang menjadi perhatian umum adalah busana pengantin yang digayakan oleh Priyanka begitu mempesonakan! Busana yang bertatahkan 2.38 juta labuci mutiara ini merupakan rekaan Ralph Lauren dan dilaporkan mengambil masa selama 1,826 jam untuk disempurnakan!

Kredit: PEOPLE Magazine / Twitter @iiffiy

Lebih menakjubkan lagi, segala sulaman dan manik-manik halus yang terdapat pada busana bermotifkan flora ini dijahit dengan menggunakan tangan! Malah, pakaian yang digayakan oleh kesemua pengapit lelaki dan perempuan turut direka sendiri oleh Ralph Lauren.

Kredit: PEOPLE Magazine / Twitter @iiffiy

Kredit: PEOPLE Magazine

Pada keesokan harinya, pasangan ini sekali lagi mengikat janji sehidup semati mereka dalam upacara tradisional Hindu. Priyanka berjaya membuatkan semua mata tertarik padanya dengan busana tradisi masyarakat India iaitu lehenga yang berwarna merah delima. Pengantin lelaki pula memakai sherwani berwarna putih gading bersama serban.

Kredit: Instagram @priyankachopra

Kedua-dua busana menawan ini adalah hasil rekaan pereka fesyen dari India iaitu Sabyasachi…

Kredit: Twitter @Reuters

Tamat sudah upacara perkahwinan kedua-dua pasangan ini. Seterusnya adalah majlis resepsi pasangan mempelai yang diadakan di Hotel Istana Taj, Delhi.

Kredit: Twitter @enews

Meskipun berbeza agama, budaya dan adat istiadat, pasangan Nick Johnas dan Priyanka Chopra kelihatan sangat bahagia dan gembira dengan sambutan gilang-gemilang ini.

Kredit: Twitter @etimes

Diharap agar kedua-duanya dapat menempuhi segala dugaan dan cabaran kehidupan berumah tangga dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Kredit: Twitter @nixon45918

Tahniah Nick dan Priyanka!

Sumber: SAYS

Facebook Comments