Cara yang betul membersih dan mencuci sayur brokoli secara berkesan

Bagi yang suka memakan sayur-sayuran, proses penyediaan yang paling mengambil masa selalunya melibatkan kerja membersih. Ini kerana sayur-sayuran perlu dibersihkan daripada pasir atau tanah yang terlekat, serta kadangkala terdapat telur serangga atau ulat kecil pada sayur. Sayuran-sayuran juga perlu bebas bakteria, baru ia selamat untuk dimakan. Salah satu sayur yang sukar dibersihkan ialah brokoli.

Secara luaran sayur brokoli seperti mudah dibersihkan. Tetapi tahukah anda di dalam bunga brokoli mungkin terdapat telur ulat sayur, serangga kecil, dan sudah tentu bakteria. Tambahan permukaannya yang kalis air, maka tidak dapat membersihkan sayur brokoli dengan baik. Di bawah adalah cara membersih dan mencuci sayur brokoli dengan berkesan.

Langkah pertama, ambil sayur brokoli dan cuci dengan air bersih yang banyak. Buangkan segala partikel semburan racun serangga, habuk dan kekotoran yang berada di permukaan.

Potong brokoli dari tangkainya dengan pisau kepada bunga-bunga yang lebih kecil. Masukkan brokoli ke dalam besen.

Belah dua bunga-bunga brokoli itu kepada bunga yang lebih kecil lagi, mengikut saiz kesukaan anda. Tetapi jangan pula potong terlalu kecil.

Isikan besen dengan air bersih untuk merendam brokoli yang sudah dipotong kecil.

Masukkan tepung dan satu sudu besar garam. Tujuan tepung diletakkan ialah untuk membuang segala kekotoran dalaman yang terdapat pada brokoli.

Garam pula secara efektif mampu menghapuskan bakteria dan membunuh serangga atau ulat kecil serta telurnya yang terdapat pada brokoli.

Sebatikan air dengan tepung dan garam tadi, dan kacau. Biarkan brokoli terendam selama 5 hingga 10 minit. Anda akan melihat air menjadi keruh dan segala kekotoran dalaman serta ulat atau serangga yang terdapat di dalamnya, semuanya mulai timbul. Buang air kotor itu dan bilas brokoli dengan air bersih dan cuci beberapa kali sehingga bersih.

Kini brokoli sudah bersih dan anda boleh memasak hidangan kegemaran serta makan dengan selamat. Boleh juga mencuba proses ini ke atas kubis bunga.

Sumber : Weibo, Cocomy

Facebook Comments