Kereta baru dibeli seorang pekerja restoran dicuri, membuatkan rakan sekerjanya mengumpul dana untuk membeli kereta baru untuknya

Seorang pekerja mencuci pinggan di sebuah restoran di Amerika Syarikat yang sudah menyimpan sejumlah wang selama berbulan-bulan untuk membeli sebuah kereta buat keluarganya berputih mata setelah kereta tersebut dicuri. Kejadian malang tersebut berlaku pada Kea Senegal yang bekerja di retoran Ruffino yang terletak di sungai Lafayette, Louisiana. Namun, berita buruk tersebut membuatkan rakan sekerjanya yang lain tidak berdiam diri dan membiarkan sahaja.

Kredit: Ruffin Rodrigue

“Dia telah menyimpan wangnya selama berbulan-bulan untuk membelikan keluarganya sebuah kereta. Dia juga mempunyai isteri dan dua orang anak berusia 4 tahun dan 4 bulan. Apabila kecurian tersebut berlaku, kami tahu kami harus lakukan sesuatu”, jelas Pengurus Besar Ruffino, Chris Muffoletto. Chris kemudiannya mengadakan mesyuarat dan meminta staf-staf yang lain untuk bersama-sama membantu menggantikan kereta Kea yang dicuri.

“Semua memberi kerjasama 100%. Ia memakan masa selama 3 hari bagi mendapatkan jumlah kutipan sebanyak $2,500 (RM10,405). Kemudian, pekerja di Don’s Wholesale mengetahui niat kami lalu turut menghulurkan dana. Sikap murah hati semua yang terlibat adalah sangat dihargai”, tambahnya.

Seminggu selepas kereta Kea dicuri, Chris dan staf Ruffino memberi kejutan yang sangat istimewa kepada Kea – sebuah kereta Chevrolet Malibu tahun 2015! Jom lihat reaksi Kea sewaktu menerima hadiah berkenaan menerusi rakaman video di bawah:

Kredit: Ruffin Rodrigue

Sumber: SunnyskyzRuffin Rodrigue

Facebook Comments