Cara bijak rakun meminta makanan, dengan menggeser batu pada cermin tanpa henti

Rakun merupakan spesies haiwan yang tidak digemari oleh kebanyakan orang oleh kerana baunya yang kurang menyenangkan walaupun mempunyai rupa yang sangat comel. Dan rakun juga suka menyelongkar tong sampah rumah kediaman untuk mencari sisa makanan, membuatkannya berterusan menjadi haiwan paling tidak digemari.

Kredit : ZOOSIELOVECONCERTS / YouTube

Rakun amat jarang dijadikan haiwan peliharaan walaupun dia haiwan comel yang bijak dan pintar. Rakun akan mengingati orang yang berbelas kasihan dengannya, seperti memberinya makanan. Dan dia akan terus mencari peluang mendapatkan makanan di tempat yang sama dengan caranya yang kadang kala boleh membangkitkan rasa jengkel dan sakit hati.

Kredit : ZOOSIELOVECONCERTS / YouTube

Bertemu Rocksy, si rakun bijak yang suka mengetuk pintu cermin rumah orang untuk meminta makanan. Apabila dia melihat tuan rumah ada di dalam rumah, Rocksy akan menggeser seketul batu di permukaan cermin tanpa henti sehingga tuan rumah bernama Zoosie membuka pintu cermin dan memberinya makanan.

Kredit : ZOOSIELOVECONCERTS / YouTube

Rocksy akan terus mengetuk pintu cermin dengan geseran batu istimewa itu tanpa mengenal erti putus asa, sehingga mendapat makanan yang diingininya.

Kredit : ZOOSIELOVECONCERTS / YouTube

Siapa sahaja yang dapat menahan bunyi bising tanpa henti seperti yang dibuat Rocksy. Tambahan jika pintu cermin yang pecah, bukan Rocksy yang perlu bertanggungjawab. Jadi berikan sahaja makanan kepadanya. Selalu menjadi sahaja strateginya itu.

Lihat video di bawah.

Sumber : ZOOSIELOVECONCERTS / YouTube,  Elite Readers

Facebook Comments