Arapaima, spesies ikan raksasa Amazon dengan hanya orang bertuah sahaja akan menemuinya

Sungai Amazon yang terletak di Amerika Selatan menyimpan pelbagai khazanah hidupan liar serta spesies haiwan yang ekstrem dan berbahaya. Selama berabad-abad lamanya ramai pencinta hidupan liar dan alam semula jadi mempertaruhkan nyawa menyusuri sungai terbesar di dunia ini demi mencari spesies haiwan luar biasa yang tidak ditemui di tempat lain melainkan di Sungai Amazon. Dan salah satunya ialah spesies ikan raksasa Arapaima.

Kredit : billschannel / YouTube

Ikan Arapaima atau ‘Arapoimo gigos’ juga dikenali sebagai ‘pirarucu’ atau ‘paiche’ di kalangan penduduk Brazil, Peru dan Guyana. Spesies ikan air tawar raksasa yang bersaiz besar serta kelihatan menggerunkan tetapi tidak berbahaya yang berhabitat di sepanjang anak sungai tersembunyi dan terasing di Lembangan Amazon.

Kredit : Smithsonian’s National Zoo

Ikan yang akan timbul sekali sekala untuk bernafas dengan bekalan oksigen selama 15 hingga 20 minit dalam satu-satu masa. Ikan arapaima boleh bertahan hidup tanpa air selama 24 jam dengan menggunakan insangnya yang kecil dengan pundi renang unik yang berfungsi seperti paru-paru.

Kredit : billschannel / YouTube

Arapaima dipercayai ikan air tawar yang terbesar di dunia dengan saiz terbesar mencapai berat 200 kilogram dengan ukuran 3 meter panjang, sementara ikan arapaima yang biasa ditemui bersaiz dengan berat 90.7 kilogram bersama ukuran 2.2 hingga 2.4 meter panjang.

Kredit : billschannel / YouTube

Kepala ikan arapaima berwarna tembaga hijau sementara badannya bersisik tebal dengan warna tembaga kehitaman bersama ekor berwarna kemerahan. Warnanya tidaklah berapa menarik seperti ikan arowana tetapi saiz gergasinya yang menarik perhatian sehingga menyebabkan ikan ini hampir mengalami kepupusan kerana ia mudah ditangkap untuk dijadikan makanan penduduk setempat dan dieksport ke luar negara.

Kredit : billschannel / YouTube

Kini, Arapaima menjadi spesies ikan yang dlindungi dan sebarang tangkapan untuk tujuan komersial adalah dilarang.

Lihat video di bawah.

Kredit : billschannel / YouTube

Sumber : billschannel / YouTube , Elite Readers

Facebook Comments