Tawaran diskaun istimewa tiket AirAsia ke Hanoi bagi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 – Tony Fernandes

KUALA NERUS – AirAsia akan menawarkan tiket penerbangan ke Hanoi, Vietnam dengan harga promosi istimewa kepada penyokong Harimau Malaya bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Vietnam pada 15 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes berkata tawaran diskaun ini diberikan bagi memastikan lebih ramai penyokong ‘Harimau Malaya’ dapat terbang ke Vietnam untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia.

Kredit : Astro Awani / Gambar Hiasan

Menurut Tan Sri Tony Fernandes, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa No Bai di Hanoi pada Selasa ini (11 Disember) bagi melihat kemungkinan untuk menambah jumlah slot penerbangan dari Malaysia yang akan dibenarkan kelak.

Katanya, “Malaysia memerlukan sokongan padu rakyat Malaysia dengan sebanyak mungkin. Ketika berada di Hanoi, saya melihat rakyat Vietnam begitu menggila dan mereka begitu berharap pasukan kebangsaan mereka akan menang.”

Kredit : Nikkei Asian Review / Gambar Hiasan

Menurut Tan Sri Tony lagi, “Kita akan cuba aturkannya. Apa yang akan kita lakukan ialah mencuba penerbangan yang akan berlepas melalui Bangkok dan akan menggunakan kapal terbang yang lebih besar.”

Tan Sri Tony Fernandes menambah, “Jika kita mendapat slot dan hak itu, kita akan cuba menambah bilangan kapal terbang selain kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ultras Malaya.”

Kredit : Perak Today / Gambar Hiasan

Perlawanan akhir bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 Malaysia bertemu Vietnam akan memulakan aksi dengan skuad negara menerima kunjungan Vietnam pada final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa, 11 Disember 2018, manakala aksi final kedua di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu, 15 Disember 2018.

Sumber : New Straits Times

Facebook Comments