LRT dan MRT akan beroperasi sehingga jam 1 pagi sempena perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan pengangkutan awam LRT Laluan Sri Petaling/Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi pada Selasa ini bersempena dengan perlawan akhir di antara Malaysia menentang Vietnam.

Kredit: Bernama

Menurut Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Prasarana Malaysia Berhad, para penumpang boleh menggunakan perkhidmatan lanjutan ini termasuk untuk pertukaran laluan di Stesen Masjid Jamek, Plaza Rakyat, Pasar Seni dan juga Maluri.

“Untuk keselesaan, pengguna boleh menggunakan LRT Laluan Sri Petaling berintegrasi dengan LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen LRT Putra Heights dan Masjid Jamek; serta berintegrasi dengan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang di Stesen MRT Merdeka yang berhubung dengan Stesen LRT Plaza Rakyat”.

Kredit: Saw Siow Feng

Tindakan melanjutkan tempoh perkhidmatan pengangkutan awam ini adalah bagi menggalakkan peminat bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan tersebut untuk menggunakan perkhidmatan tersebut yang dijamin mudah, selesa dan selamat.

Di samping itu, penumpang juga disarankan untuk menggunakan kemudahan ‘park n ride’ yang tersedia di stesen MRT dan juga beberapa stesen LRT Sri Petaling seperti di Putra Heights, Muhibbah, Awan Besar, Kinrara BK5, IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Kompleks Parkir Bertingkat Bandar Tasik Selatan.

“Pengguna juga disarankan menggunakan kad perjalanan MyRapid dan Touch ‘n Go untuk perjalanan lebih lancar di semua stesen terlibat dan mengelakkan daripada beratur panjang untuk membeli token perjalanan di mesin penjualan tiket”.

Kredit: Sinar Harian

Sementara itu, Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi laman Facebook yang memaklumkan bahawa sebanyak 80,000 keping tiket telah habis dijual bagi perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil.

Sumber: Sinar Harian, mStarThe Malay Mail

Facebook Comments