Impian bapa memiliki motosikal Harley-Davidson yang diketepikan kerana keluarga, kemudian ditunaikan oleh anak lelaki

Setiap individu pasti memiliki impian yang sudah diinginkan semenjak kecil atau remaja. Namun dengan peredaran masa dan situasi serta pikulan tanggungjawab yang lebih besar dan penting, terdapat impian yang diketepikan lalu tidak dapat ditunaikan. Contoh, jika seseorang sudah berkeluarga, impian untuk memiliki sesuatu untuk diri sendiri sudah pasti akan diketepikan jika mereka kurang berkemampuan.

Seorang bapa menyimpan impian sejak remaja untuk memiliki sebuah motosikal Harley-Davidson, tetapi terpaksa mengenepikan impian buat sekian lama tersebut kerana memikirkan tanggungjawabnya yang besar demi menyara keluarga yang dicintai. Baginya membelanjakan wang untuk sebuah motosikal tidak begitu penting.

Kredit : Chen Youning / Facebook

Bapa ini bekerja keras siang dan malam tanpa pernah mengeluh, membina keluarga bahagia, menyara isteri dan membesarkan dua orang anak lelaki sehingga mereka berjaya melanjutkan pelajaran, memiliki ijazah, mendapat pekerjaan dan membina kehidupan dengan baik.

Walapun bebanan yang dipikul sudah berkurangan, bapa ini tetap bekerja keras seperti biasa di restoran miliknya dan meneruskan perniagaan untuk terus menyimpan wang untuk anak dan isteri. Dengan kesibukannya mencari rezeki, impiannya untuk memiliki sebuah motosikal Harley-Davidson telah dilupakan.

Kredit : Chen Youning / Facebook

Namun, bagi dua orang anak lelakinya, impian bapa mereka untuk memiliki motosikal Harley-Davidson tidak pernah luput dalam ingatan seperti yang pernah diceritakan kepada mereka. Anak lelaki yang berasa simpati dengan kerja keras bapa mereka menyara keluarga telah berpakat untuk mengumpul wang bagi memberi kejutan hadiah sebuah motosikal Harley-Davidson model terbaru kepada bapa mereka.

Kejutan itu kemudian dilakukan di hadapan restoran bapa mereka dengan rancangan tersebut telah diberitahu kepada ibu mereka terlebih dahulu. Kedua anak lelaki telah datang dan meminta ibu mereka menutup mata bapa ini dengan tangan. Bapa ini yang menjadi terpinga-pinga tidak mengetahui apa yang berlaku lalu bertanya, “Kenapa ini? Ada apa?”.

Kredit : Chen Youning / Facebook

Apabila mereka berjalan ke hadapan restoran, tangan dilepaskan dan anak lelakinya berkata, “Tada… kejutan buat ayah!” Sambil menunjukkan motosikal Harley-Davidson model terbaru untuk bapa mereka. Bagai tidak percaya bapa ini tertunduk seketika kerana terkejut dan berkata, “Ini Harley! Betul ke ini?”. Dan kesemua anak beranak ini ketawa kegembiraan.

Kredit : Chen Youning / Facebook

Sambil bapa ini menunjukkan wajah yang masih terpinga memandang motosikal itu, anak lelakinya memberikan kunci Harley-Davidson yang kini sudah tertunai menjadi miliknya yang sah.

Kredit : Chen Youning / Facebook

Kemudian bapa ini mengesat air matanya, dan hati kecilnya yang senyap dengan wajah sambil tersenyum itu telah berkata, impiannya sudah tercapai!

Lihat kejutan menyentuh hati pemberian impian motosikal Harley-Davidson kepada bapa tersayang dalam video di bawah.


Kredit : Chen Youning / Facebook

Sumber : Chen Youning / Facebook , OMG!

Facebook Comments