Seorang pereka seni taman membina panggung wayang mini di belakang rumahnya dan hasilnya memang mengagumkan!

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh orang yang gemar menonton wayang tetapi tidak mempunyai masa untuk pergi menontonnya? Sudah tentu orang itu akan menontonnya di rumah bukan?

Pereka seni taman dari Bedfordshire ini juga gemar menonton wayang tetapi dia mempunyai cara yang unik untuk menonton wayang di rumah.

Ashley Yeates ialah seorang pereka seni taman yang mahir dalam pembinaan rumah hobbit (ya, dia memiliki sebuah rumah hobbit di belakang rumahnya).

Oleh itu, dia telah memutuskan untuk membina sebuah panggung wayang mini di belakang rumahnya.

Bentuk panggung wayang mini itu seperti bangsal kerana Yeates mahukan ruang peribadinya itu menjadi rahsia daripada pengetahuan orang lain.

Yeates memulakan kerja-kerja pertukangan dengan mendirikan tapak panggung wayang mini yang kukuh.

Kemudian dia mendirikan dinding dan menyiapkannya seperti sebuah bangsal!

Daripada luar memang nampak seperti bangsal, tetapi apabila masuk ke dalam ruang tersebut nampak begitu mewah! Di bahagian dalam terdapat kerusi berwarna merah velvet, langsir dan poster wayang.

Yeates juga menyediakan rak yang mengandungi pelbagai pilihan drama dan cerita.

Apa yang menariknya ialah, terdapat rak yang dilengkapi dengan gula-gula dan snek. Memang kelihatan seperti panggung wayang sebenar!

Yeates meletakkan plasterboard setebal 6 inci pada dinding supaya kalis bunyi. Oleh itu, sekuat mana pun bunyi di dalam panggung wayang mini tersebut dipasang, tiada orang luar yang dapat mendengarnya.

Panggung wayang mini tersebut dilengkapi dengan HD dan 3D projektor, pemain blue-ray dan lain-lain lagi. Jadi Yeates tidak perlu lagi keluar rumah semata-mata untuk menonton wayang.

Biarpun kos pembinaan panggung wayang mini itu agak mahal tetapi berbaloi untuk mereka yang mahukan keunikan dan kelainan daripada orang lain.

Mungkin dengan cara ini, hubungan kekeluargaan dapat dipereratkan lagi apabila seluruh ahli keluarga dapat meluangkan masa menonton wayang bersama.

Sumber: ELITE READERS

Facebook Comments