Kucing ini memperoleh pendapatan RM12.5 juta setahun! Dan memiliki lebih banyak pengikut di Twitter daripada anda

Melebihi pendapatan setahun beberapa model terkenal dunia, termasuk Cara Delevingne, kucing yang dikenali sebagai Choupette ini dinobatkan sebagai kucing terkaya di dunia. Tahun lepas, Choupette memperoleh lebih daripada RM12.5 juta! Dan adakah anda percaya Choupette mempunyai lebih 100,000 pengikut di Twitter?

Choupette bukan kucing biasa, Choupette merupakan “bayi” kepada pereka terkenal, Karl Lagerfeld. Kucing berbaka Birman ini sering tampil dalam jenama Karl Lagerfeld yang sekaligus membuatkannya menjadi sangat terkenal. Kehidupannya juga sangat mewah.

Selain itu, Choupette juga menjadi model untuk dua jenama mewah: jenama kereta Jerman Opel dan syarikat kosmetik Jepun Shu Uemura. Menurut Lagerfeld, Choupette tidak akan menjadi model untuk jenama murah.

Model untuk kalendar Opel Corsa di Paris

Kehidupan Choupette yang mewah dan terkenal dapat dilihat apabila ‘kucing mewah’ ini hanya dihidangkan dengan makanan yang dimasak oleh tukang masak peribadinya. Makanannya dihidangkan dalam mangkuk perak yang dibuat khas untuknya oleh Goyard, perusahaan barangan mewah Perancis.

Choupette hanya dibawa menggunakan beg pet carrier Louis Vuitton yang bernilai RM10,250

Semasa lawatan kerap ke Paris, New York, Monte Carlo, dan tempat-tempat lain di dunia, para pembantu peribadi memenuhi keperluannya dan Choupette dilihat dibawa menggunakan pet carrier jenama Louis Vuitton yang dibuat khas untuknya.

Choupette juga mempunyai iPad sendiri untuk bermain dan menikmati semua kemewahan yang ditawarkan oleh Lagerfeld

Choupette bersama ‘bapanya’, Karl Lagerfeld

Sumber: Daily Mail UK

 

 

 

Facebook Comments