Ikan jerung kembali di Teluk Maya, setelah enam bulan ditutup daripada kedatangan pelancong

Terdahulu pada Jun 2018, kerajaan Thailand mengumumkan bahawa destinasi pelancongannya yang terkenal, Teluk Maya akan ditutup daripada menerima mana-mana pelancong dalam usaha untuk memulihkan kehidupan marinnya yang terkesan oleh jumlah pelancong yang melawat kawasan tersebut selama ini.

Kredit: Pichayada P./Twitter

Kemudian, bulan Oktober menyaksikan kerajaan Thailand memutuskan untuk menutup kawasan pelancongan ini buat selama-lamanya bagi memberi lebih banyak masa untuk terumbu karang yang baru ditanam untuk hidup sepenuhnya dan kepulihan ekosistem.

Kini, kira-kira enam bulan sejak penutupannya, Channel NewsAsia telah mendedahkan imej yang menakjubkan yang kelihatan di Teluk Maya.

Kredit: Pichayada P./Twitter

Menurut laporan itu, sejak ketiadaan pelancong dan bot di kawasan itu, kira-kira 90 ekor jerung terumbu hujung hitam boleh dilihat berenang berdekatan dengan pantai. Ahli pemuliharaan marin percaya bahawa jerung ini telah datang ke Teluk Maya untuk melahirkan anak, kerana mereka sering berbuat demikian di teluk-teluk yang terlindung.

Kredit: Pichayada P./Twitter

Seorang saintis marin yang terlibat dalam pemulihan Teluk Maya, Dr Thon Thamrongnawasawat, berkata, “Mesej itu jelas – mereka di sini kerana Teluk Maya kembali subur. Namun, masih tidak jelas sama ada kehadiran mereka akan kekal atau bermusim. [Ikan jerung] Yang kecil mungkin akan meninggalkan teluk akhirnya tetapi [ikan jerung] yang besar mungkin akan menetap di sini.”

“Kawasan sebegini sangat sukar untuk dicari. Ini peluang yang sangat penting buat para penyelidik jerung global. “

Kredit: Pichayada P./Twitter

Khaosod Bahasa Inggeris pula melaporkan bahawa jerung terumbu hujung hitam boleh membesar sehingga kira-kira dua meter panjang setelah matang. Spesies jerung ini diklasifikasikan sebagai spesies yang hampir terancam, tidak berbahaya bagi manusia dan sering dijumpai di air cetek berhampiran dengan terumbu karang.

Kini, Teluk Maya mungkin mempunyai bilangan kehadiran jerung yang tertinggi di laut Thailand. Jika teluk ini dibuka semula untuk pelancong, pihak berkuasa Thailand akan mengambil langkah tambahan untuk memastikan ekosistem kawasan itu masih dilindungi.


Kredit: Matichon Online/YouTube

Bot pelancong telah diharamkan secara kekal dari memasuki teluk, jadi pelawat boleh datang ke Teluk Maya melalui Teluk Loh Samah. Sebuah jeti akan dibina di Teluk Loh Samah untuk menampung kedatangan bot pelancong. Pelancong perlu melalui laluan yang disediakan oleh Taman Negara Hat Noppharat Thara – Mu Ko Phi Phi untuk sampai ke kawasan tersebut.

Sumber: World of Buzz

Facebook Comments