Tips yang penting untuk anda memilih buah tembikai yang manis dan ranum

Tembikai sangat kaya dengan kandungan air dan serat yang tinggi serta vitamin A dan C, selain mengandungi antioksidan. Ia lazimnya memiliki warna merah ataupun kuning manakala rasanya sangat manis menyebabkan ia sering kali disukai oleh orang ramai. Namun, jika tersalah beli, alamatnya tidak habislah dimakan. Justeru, untuk mengelakkan pembaziran, berikut adalah kongsian daripada Aishah Wahab yang berkongsikan beberapa petua untuk memilih tembikai yang manis.

Perhatikan garisan pada buah tembikai. Buah yang manis mempunyai garisan yang lurus dan kemas.

Selain itu, beri perhatian kepada tapak tembikai. Jika kecil, maka rasanya manis dan sebaliknya jika besar, isinya kurang manis.

Antara aspek lain adalah bentuk. Jika bulat, isinya manis berbanding dengan bentuk yang sedikit lonjong. Bentuk lonjong mengandungi air yang agak banyak.

Tangkai juga memainkan peranan penting dalam pemilihan ini. Pastikan ia keriting dan jangan pilih tangkai yang lurus

Sumber : Aishah Wahab/Facebook

Facebook Comments