Comel! Hubungan rapat dan unik antara anak serigala dan anak harimau

Secara realitinya, amat sukar untuk seekor serigala dan seekor harimau berkawan rapat lebih-lebih lagi di habitat asal mereka. Tetapi tiada apa yang mustahil jika mereka membesar bersama-sama seperti pasangan serigala dan harimau ini yang telah bersama sejak berusia 2 minggu lagi. Jadi tidak hairanlah mereka mempunyai ikatan yang erat!

Pada asalnya mereka terpisah daripada ibu masing-masing dan bagi meneruskan kelangsungan hidup, mereka ditempatkan di Institut Spesies Terancam dan Unik. Serigala dan harimau Bengal muda itu masing-masing tidak berasa bahawa mereka sebenarnya musuh di alam nyata seperti apa yang terjadi di habitat mereka, Carolina Selatan.

Mereka bermain bersama di Zoo Myrtle Beach Carolina Selatan. Kedua-duanya sangat gembira hidup bersama

Kini mereka berusia 3 bulan, dan berkongsi susu formula yang sama. Berat serigala berkenaan sudah mencecah 11 kilogram, dua kali ganda lebih berat daripada harimau tersebut. Pengasas institut berkenaan, Dr. Bhagavan menjelaskan bahawa ketika ini anak harimau sedang berada dalam fasa yang sedikit kekurangan berbanding dengan rakannya. Ini bermakna serigala lebih dominan di dalam persekitaran yang mereka kongsi tersebut.

Kasih sayang terpancar dalam diri mereka berdua walaupun serigala mempunyai sedikit kelebihan berbanding harimau dalam aspek berat

Pasangan ini menjadi keutamaan di institut berkenaan ekoran hubungan mereka yang unik

“Sungguhpun begitu, saya pasti 5 bulan lagi, harimau itu pula yang akan mendominasi persekitaran. Hal ini kerana harimau yang sudah mencecah usia setahun lazimnya memiliki berat 113 kilogram berbanding dengan serigala yang mempunyai berat 81 kilogram ketika berusia setahun. Walaupun mereka telah menjalani kehidupan bersama selama 8 bulan, tetapi mereka akan berpisah kelak. Hal ini disebabkan oleh perbezaan saiz dan spesies”, jelas Dr. Bhagavan.

Walaupun kecil, harimau putih ini sudah menunjukkan ‘penguasaannya’ terhadap rakan serigalanya

Pakar haiwan di tempat perlindungan haiwan Carolina Selatan memutuskan untuk menempatkan dua kumpulan haiwan bersama bagi membantu hubungan dan interaksi mereka terhadap manusia. Menurut Dr. Bhagavan, ikatan mereka sangat utuh dan sangat menyenangi antara satu sama lain. Serigala kelihatan lebih tegap pada masa ini dan bermain dengan sedikit kasar namun semuanya akan berubah setelah harimau membesar.

“Pihak kami meletakkan permainan di sekeliling harimau tersebut bagi mencipta sarang baginya sementara serigala pula sering cuba menyerang ruangan harimau berkenaan. Adalah sangat teruja untuk melihat mereka sekarang kerana beberapa bulan akan datang, keadaan nampaknya akan mula berubah. Agak sedih sebenarnya namun itulah kehidupan”, kata Dr. Bhagavan.

Sumber: Daily Mail

Facebook Comments