Anggota polis menyusukan bayi yang ditinggalkan tanpa ibu, walaupun doktor mengatakan bayi tersebut ‘kotor’

Masih wujud lagi manusia yang baik dalam dunia ini. Ia bukan hanya kerana manusia mempunyai otak yang boleh berfikir dan menganalisis, tetapi kerana manusia mempunyai nilai moral. Inilah sebabnya apabila kita melihat nilai-nilai kemanusiaan, kita akan berasa terinspirasi, kita berasa tersentuh, kita juga mungkin akan menangis.

Celeste Ayala, seorang anggota polis Argentina yang bertugas di hospital kanak-kanak Sor Maria Ludovica di Buenos Aires, menyaksikan seorang bayi ditinggalakan sendirian tanpa ibu dan sedang menangis. Beliau bertanya kepada doktor jika dia boleh menyusukannya, bagi membantu bayi tersebut.

Kredit: Cele Ayala

“Saya perasan bahawa dia dalam kelaparan, kerana dia meletakkan jarinya ke dalam mulutnya, jadi saya meminta untuk memeluknya dan menyusukannya,” kata Ayala kepada pemberita di Argentina.

Kredit: Cele Ayala

Kawan kepada Ayala, Marcos Heredia, menulis bahawa kakitangan hospital mengatakan bayi tersebut “kotor,” tetapi perkara tersebut sedikit pun tidak membimbangkan Ayala. Apa yang beliau fikirkan ialah kebajikan bayi tersebut yang perlu dijaga.

Ibu bayi tersebut merupakan ibu tunggal dan mempunyai enam orang anak dan tidak mampu untuk manjaga anaknya itu kerana mengalami kesukaran. Bayi tersebut jelas memerlukan kasih sayang seorang ibu, jadi Ayala mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan selepas mendapatkan keizinan. Lagipun, bayi yang tidak berdaya itu tidak sepatutnya diabaikan.

Kredit: Marcos Heredia

“Saya mahu membuat orang ramai menunjukkan kasih sayang yang anda curahkan kepada bayi yang tidak bersalah itu, walaupun anda tidak mengenali bayi, anda tidak teragak-agak untuk bertindak seperti seorang ibu,” Heredia menulis di Facebook. “Anda tidak peduli jika dia dianggap ‘kotor’, yang mana kakitangan hospital memanggilnya. Anda melakukan perkara yang baik. ”

Kongsian Heredia di Facebook menunjukkan seorang anggota polis menyusukan seorang bayi telah menarik perhatian kira-kira 158,000 tindak balas pada halaman media sosialnya sendiri. Kisah ini turut menerima perhatian orang ramai di seluruh dunia.

Kredit: Bomberos Voluntarios Berisso

Ayala adalah pegawai polis dan ahli bomba sukarela untuk komuniti beliau. Briged bomba di mana Ayala berkhidmat berkata, “Tindakannya patut dibanggakan dan mewajibkan kita untuk menggandakan usaha, kerja dan perpaduan terhadap masyarakat kita.”

Berharap kisah ini dapat menjadi inspirasi dan teladan kepada orang ramai.

Sumber: VideoasisMarcos Heredia/Facebook

Facebook Comments