Pemilik kedai membuat panggilan kecemasan kerana kedainya dimasuki seekor anjing

SEOUL – Pihak polis dikejutkan dengan panggilan kecemasan oleh seorang pemanggil pada 8 Februari lalu menyebabkan dua orang anggota polis diarahkan pergi ke lokasi kejadian.

Mereka kemudian menahan ketawa apabila mendapati seekor anjing baka ‘Retriever’ sedang duduk dengan tenang di hadapan kaunter sebuah kedai serbaneka di Beomgil-dong, Busan.

Kredit: Busan Metropolitan Police Agency / [email protected]

Anjing berkenaan yang kelihatan santai sambil menggoyang-goyangkan ekornya menyebabkan pemilik kedai berkenaan berasa takut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

Kredit: Busan Metropolitan Police Agency / [email protected]

Difahamkan bahawa anjing tersebut lari daripada rumah tuannya yang berada berdekatan dengan kedai berkenaan. Ternyata pemilik kedai sangat takut dengan anjing itu walaupun anjing itu langsung tidak mengancam keselamatannya.

Kredit: Busan Metropolitan Police Agency / [email protected]

Polis kemudiannya mendapati terdapat satu laporan kehilangan anjing telah dibuat oleh pemiliknya pada hari yang sama lantas segera memulangkan anjing tersebut ke rumah pemiliknya. Kisah lucu tersebut telah dikongsi pada halaman Facebook rasmi Agensi Polis Metropolitan Busan pada Ahad lalu.

Sumber: The Korea Bizwire

Facebook Comments